Tuesday, June 22, 2010

Selesai Diploma Pendidikan.....

Setelah tamat kelas Diploma Pendidikan pd ari khamis minggu ke 2 cuti persekolahan aku terus pulang ke rumah mak mertua di Rasa, Hulu Selangor.Dalam perjalanan pulang aku sungguh gembira kerana suamiku akan blik sama denganku.Aku smpai di rumah mendapat perkhabaran mgatakan die tidak akan pulang.....Tibe2 die sampai je malam itu pada pukul 12.30 malam. Aku gembira setelah sebulan tidak berjumpe dan akhir yer kembali berjumpa. Keesokannya aku terpaksa bangun pukul 4.30pagi untuk menyiapkan suamiku ingin bekerja.....penat rasa tengok suamiku yang sampai lewat dan terpaksa pergi kerja pagi2 lagi.
Pagi itu juga aku pulang ke rumahku di Bukit Fraser.Seronok sekali dapat pulang dan makan masakan emakku.Kemeriahan di rumah sungguh mengembirakan hati.Aku berjalan-jalan di Bukit Fraser yang aman dan nyaman.Pada ari sabtu dan ahad bersamaan 19 n 20 Jun 2010, di Bukit Fraser sungguh meriah dengan Pertandingan Mengenal Burung Antarabangsa...ramai pelancong yang menyertai pertandingan tersebut...Banyak aktiviti yang diadakan untuk sesiapa yang berminat.
Pada hari isnin ari pertama persekolahan aku mengambil cuti rehat.Badanku sakit2 dan ingin berehat.Aku pulang ke rumah mertuaku dan berehat di sana.Fikiranku kosong dari kerja-kerja Diploma Pendidikan dan kerja yang masih belum selesai.....aku berehat puas2 pada cuti ini. Aku kembali bekerja pada hari selasa dengan penuh bersemangat.

0 comments: