Tuesday, June 22, 2010

Selesai Diploma Pendidikan.....

Setelah tamat kelas Diploma Pendidikan pd ari khamis minggu ke 2 cuti persekolahan aku terus pulang ke rumah mak mertua di Rasa, Hulu Selangor.Dalam perjalanan pulang aku sungguh gembira kerana suamiku akan blik sama denganku.Aku smpai di rumah mendapat perkhabaran mgatakan die tidak akan pulang.....Tibe2 die sampai je malam itu pada pukul 12.30 malam. Aku gembira setelah sebulan tidak berjumpe dan akhir yer kembali berjumpa. Keesokannya aku terpaksa bangun pukul 4.30pagi untuk menyiapkan suamiku ingin bekerja.....penat rasa tengok suamiku yang sampai lewat dan terpaksa pergi kerja pagi2 lagi.
Pagi itu juga aku pulang ke rumahku di Bukit Fraser.Seronok sekali dapat pulang dan makan masakan emakku.Kemeriahan di rumah sungguh mengembirakan hati.Aku berjalan-jalan di Bukit Fraser yang aman dan nyaman.Pada ari sabtu dan ahad bersamaan 19 n 20 Jun 2010, di Bukit Fraser sungguh meriah dengan Pertandingan Mengenal Burung Antarabangsa...ramai pelancong yang menyertai pertandingan tersebut...Banyak aktiviti yang diadakan untuk sesiapa yang berminat.
Pada hari isnin ari pertama persekolahan aku mengambil cuti rehat.Badanku sakit2 dan ingin berehat.Aku pulang ke rumah mertuaku dan berehat di sana.Fikiranku kosong dari kerja-kerja Diploma Pendidikan dan kerja yang masih belum selesai.....aku berehat puas2 pada cuti ini. Aku kembali bekerja pada hari selasa dengan penuh bersemangat.

Tuesday, June 15, 2010

Kerinduan Memuncak untuk pulang.......

Rindu sungguh pada rumah yang aman dan nyaman....... kabus yg menyelubungi sungguh menyejukkan.... paling rindu pada suamiku yang sudah lama tidak bertemu...... lama xlama dah sebulan gak r xjmper..... mau xrindu...... rindu pada masakan mak yang sungguh sedap..... Tempoyak ikan patin.... mmmmm.... sedap yer..... mcm2 rasa nk mkn blik nie... nak suh mak msk byk2 sgt........ rindu kat anak saudaraku yg byk celoteh yer...... blik jer mesti da aksi br yg akan dilakukan..... rindu... rindu.. rindu pd semuanya.......

Blogku siap dengan jayanya

Arini pembelajaran blog akan tamat dan aku perlu membuat perbentangan kepada pensyarah UPSI.....aku merasa sungguh seronok dengan kejayaan membangunkan blogku......arinie siap sepenuhnya blogku wlaupun tpaksa tido lambat.....apa2 pun nk berjaya kena usaha......kita akan mencapai apa yang kita inginkan setelah berusaha..........byk ilmu yang akan dapat sekiranya kite berusaha.................

Monday, June 14, 2010

Perkhemahan Homeroom * EXCELLENT*



Pada tahun ini aku telah menerima seramai 14orang anak homeroom dari kelas 405 homeroom Excellent.....Anak-anakku sungguh peramah dan baik hati......Mereka telah banyak membuat aktiviti homeroom seperti keluar makan-makan, berkelah dan menyambut hari guru...Homeroom Excellent telah mengikut Perkhemahan MRSM Taiping yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Homeroom maktab.....Homeroom lain turut serta dalam perkhemahan tersebut....Sebanyak 6 homeroom telah menigut dalam minggu yang kami pergi.....Aktiviti yang telah dijalankan sungguh menyeronokkan.....



Antara Aktiviti yang telah dilakukan ialah Night Walk, Kayak, Abselling dan Tempuh Rintangan.....Aktiviti ini melibatkan anak homeroom serta penasihat homeroom yang terlibat...Kegembiraan terserlah dalam diri setiap pelajar kerana aktiviti ini dapat memberi keseronokkan kepada pelajar.....Pelajar enjoy dalam setaip aktiviti yang dijalani.....tidak ketinggalan saya pun membuat aktiviti yang pelajar lakukan....sekali sekala menjadi pelajar seronokm juga kerana sudah lama meninggalkan zaman persekolahan........

Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ)


Aku telah selamat diijabkabulkan pada 28 November 2009 di Masjid Bukit Fraser, Pahang.Setelah menjadi seorang isteri banyak kehidupanku berubah.Aku lebih bertanggungjawab dalam semua perkara terutama makan pakai suamiku. Sebelum mendirikan rumahtangga aku duduk bersendirian dan setelah mendirikan rumahtangga diriku masih bersendirian.Aku duduk berasingan dari suamiku kerana kami terpaksa........Keadaan kerjaya yang memisahkan kami di selatan dan pantai timur....Suami akan pulang melihatku dua minggu sekali dan setiap kali aku menghantarnya ke stesen bas pasti aku akan menangis kerana dia terpaksa berjauhan denganku.Perkahwinanku adalah perkahwinan jarak jauh....Walaupun jauh aku tetap SAYANG + CINTA + RINDU padanya......

Kuliah Dip Ed (Cuti Persekolahan Jun)

Bermulanya cuti persekolahan maka bermula sudah kehidupanku sebagai seorang pelajar Diploma Pendidikan (MARA -UPSI) KOHORT III di ILKM Jawi, Penang. Jadual telah pun diberi sebelum aku pergi. Aku telah melihat dan menyemak jadual kuliah pada masa itu juga.Pada kuliah bulan Jun ini, aku akan belajar subjek berkaitan komputer.Walaupun aku tidak pandai menggunakan pengisian yang diajar tetapi aku telah mempelajarinya dengan bersungguh-sungguh dan dibantu oleh rakan-rakanku......Aku tidak akan putus asa dan berusaha dengan lebih gigih.....